Apakah Fungsi Grounding Cable?

Grounding Cable Lipan Bara by mfabob

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini ramai yang tertanya-tanya atau tercari-cari apa sebenarnya grounding cable ni dan ada fungsi ke bagus ke untuk kenderaan kita?
Lagi-lagi ada pula muncul atau timbul nama grounding jenis Lipan Bara. Hah sudah apa pula lipan bara ni aduhh. Untuk sesiapa yang pertama kali dengar Grounding Lipan Bara ni biasa dengar grounding cable, tak pun grounding HKS kan, dan sesiapa yang nak tahu lebih dalam atau nak tahu apa fungsi dan kelebihan tentang Grounding Lipan Bara by mfabob ni katanya sangat padu.

Alright, pertama kali saya akan terangkan apa yang saya dapati dari sumber internet lain apa sebenarnya grounding cable ni apa tujuan dia dicipta, fungsinya apa.
Sebenarnya grounding cable ini dicipta adalah untuk mengalirkan cas-cas negatif berlebihan keluar supaya keseluruhan sistem elektrik kekal bekerja dengan baik. Pada kereta ia dialirkan dari blok enjin ke body kereta dan ini telah dilakukan.

Maka sistem enjin dapat bekerja dengan kuasa neutral dan terus bekerja sehingga satu masa kuasa neutral ini akan terganggu akibat wayar yang lusuh,kotor atau karat.
Apabila kuasa sambungan wire neutral body ini lemah akan ada simptom-simptom pada komponen yang terganggu kerana cas-cas elektrik berlebihan ini yang bersambung terus pada blok enjin seperti throttle body, carburator, alternator dan gearbox terutama kereta yang sudah berusia dan voltage sudah terabur tak stabil lagi.

Grounding Cable Lipan Bara Mfa Bob

Simptom Utama Kurang Ground Wayar pada Enjin

1. Badan enjin jadi panas dari biasa
Kesan panas pada enjin ini amat mudah dikesan terutamanaya selepas kereta bergerak dan berhenti. apabila bonet enjin dibuka bahang dari enjin amat ketara, panasnya lebih dari biasa dan amat berbeza dari kereta-kereta lain yang pernah digunakan.

2. Enjin sukar hidup
Pada waktu pagi dan ketika enjin panas ia sukar dihidupkan semula. Ini kerana pada ketika ini cas-cas negatif berlebihan ini telah mengganggu komponen utama untuk menghidupkan enjin seperti throttle body dan carburator enjin itu sendiri. Secara saintifiknya molekul cas ini mengembang dan menyesakkan komponen enjin akibatnya ia sukar bekerja kerana kekesatan dalam mekanisme komponen tersebut.

3. Enjin mati apabila panas dan boleh dihidupkan semula
Pada ketika enjin panas dan cas-cas yang tidak dineutralkan ini akan menyebabkan enjin mati ketika enjin bekerja akantetapi ia mudah dihidupkan semula. Dalam keadaan ini throttle body atau carburator menjadi panas dan tidak mengepam minyak pada kadar yang baik dan berterusan, akibatnya enjin mati tetapi apabila ia mati cas ini tidak lagi mengganggu dan enjin boleh dihidupkan semula.

4. Gearbox tidak lancar
Sentapan kecil berlaku dan adakalanya check engine juga menyala ketika enjin dipandu laju dan gearbox cepat panas.

5. Prestasi enjin lembap seperti kurang kuasa
Kuasa alternator yang lemah akibat kurangnya kuasa negatif ini akan menyebabkan lampu jadi malap, isyarat panel meter juga kadangkala terganggu.

Kat mana bezanya Grounding Cable Biasa dengan Grounding Lipan Bara ni?

Auto Shack - Apakah Fungsi Grounding Cable - Bentley

Hah ni lah nak cerita ni, kebiasaannya yang anda tahu grounding cable jenama HKS kan yang terdapat 5 point / 5 wayar ground dimana nat diikat pada negatif bateri untuk plat kabel seterusnya adalah seperti berikut:-

Wire 1-Sambungkan ke Alternator
Wire 2-Sambungkan ke Head
Wire 3-Sambungkan ke Gearbox
Wire 4-Sambungkan ke Throttle Body
Wire 5-Sambungkan ke Body kereta

Grounding Cable jenis 5 point ni ada pelbagai jeis juga ada yang nipis dan tebal. Kebanyakkan dari kedai atau shop mana-mana ada jual grounding cable ni. Ok ni baru saya nak cerita Grounding Cable Lipan Bara ni hehehe maaf dah baca Panjang-panjang kan baru nak ceritakan adoiii. Saya tahu ramai yang nak tahu atau tercari-cari apa kelebihan Lipan Bara ni kan. Untuk fungsinya sama untuk mengalirkan cas-cas negative berlebihan. Apa yang menyebabkan saya mengatakan Grounding Lipan Bara ni tersangat padu apa yang menyebabkan Lipan Bara ni padu
Sebab material ni sangat berkualiti dan high ground 400amp setiap 1 pcs atau seutas.

Dan Grounding Lipan Bara ni tak perlu sampai nak pakai 4 5 6 point kan seperti grounding lain takde lah nampak serabut sangat bila tayang enjin bay ke time nak check minyak hitam ke check air radiator ke kan. Lipan Bara ni dah cukup untuk pakai 2 point atau 2 pcs memang dah padu setiap seutas tu atau 1 pcs dah ada high ground 400amp tu. Pakai 2 point takde dah lepas ni time buka bonet serabut tengok cable ground ke sana ke sini kan sebab ukuran Lipan Bara ni Panjang 30cm dan lebar 1 inchi dan kita tak perlu risau untuk tukar grounding cable lagi untuk masa akan datang kerana Lipan Bara ni jangka hayat lama. Saya tak cakap lah pakai Lipan Bara ni takyah langsung pikir untuk tukar lain, setiap barang tak ada yang takkan rosak cuma bezanya berkualiti dan tak berkualiti lah, kalau barang berkualiti jangka hayat dia lama kalau tak berkualiti baru pakai 3 4 bulan dah reput itu jer maksud saya hehehe.
Ada yang nampak sama tapi tak serupa.

Lipan Bara by Mfa Bob
Lipan Bara by Mfa Bob sudah di Engineered, diukur, disukat, ditimbang isi padunya sampai dapat capai 400amp. Mfa Bob seorang Engineer dengan titisan peluh nya R&D untuk capai 400amp. Bermula hanya dengan 160amp, Mfa Bob sudah R&D kaw2 dan mencarik material dari Negara Utara sampai Barat untuk mendapatkan spesifikasi dan solusi untuk mendapat kan 400amp.

Setiap lilitan dibalut dengan Stainless Steel yang menyebabkan Grounding Lipan Bara ni tidak mudah berkarat. Untuk Rate Copper semua kita tak tau hanya seorang sahaja yang tahu iaitu Abang Bob atau dikenali Mfa Bob kerana dia lah pengasas Grounding Lipan Bara. Setiap barang pasti ada rahsia dan kelebihan tersendiri, takkan rahsia pun nak bagitau kan tak jadi rahsia lah pula.

Bukan Grounding Lipan Bara jer ada kelebihan dan rahsia ramuan tersendiri, grounding lain pun sama, pengasas dia pun ada ramuan rahsia tersendiri kan.
Contoh, Grounding HKS tu dia ada kelebihan tersendiri begitu juga dengan Grounding Lipan Bara ni pun ada kelebihan tersendiri juga.

Auto Shack - Apakah Fungsi Grounding Cable - Bakar

Kat mana bezanya Grounding Cable Biasa dengan Grounding Lipan Bara ni?

Saya tak nafikan grounding lain tak dapat atasi Lipan Bara ni ada juga grounding 5 point ni yang padu, tebal, kualiti baik tahan lasak dan jangka hayat yang lama, amp cable pun hampir sama dengan grounding Lipan Bara ni.
Pastu ada orang bersuara hak alah buat apa pakai grounding cable mahal-mahal yang murah ada, memang lah ada yang murah tapi adakah yang murah tu tahan lasak? Tahan lama? Penggunaan jangka hayat yang lama? Berkualiti ?
Hanya satu perkara sahaja saya nak bagitahu setiap barang yang berkualiti, tahan lama tak kira lah barang apapun kan semakin bertambah kualiti sesuatu barang tu kan harga dia semakin murah ke atau semakin mahal ataupun bertambah?
Mestilah harga dia semakin bertambah kan. Cuba bagitahu barang mana kualiti baik atau padu tapi murah, takde kan. Tapi terpulang lah kan kita nak pakai yang kurang berkualiti tapi murah dan asyik kena tukar dalam masa yang singkat dengan pakai barang berkualiti tapi harga up sikit lah kan bila pakai jangka hayat untuk ganti mengambil masa yang lama.
Semua atas pilihan anda “Tepuk dada tanya selera”.

Fungsi Grounding 400amp Lipan Bara by Mfa Bob;
– Dapat Menstabilkan Voltage Kenderaan Anda (Semua Jenis Elektronik Sistem Termasuk ECU)
– Kipas Radiator @ Condensor Lebih Laju (secara tidak langsung suhu kenderaan anda stabil)
Dan ada testimoni dari customer sendiri dia yang bagitahu bukan saya memandai reka cerita selepas pakai Grounding Lipan Bara 400amp ni kan
– Fuel Pump dan Injector Dapat Voltage dan Semburan yang Sempurna (Secara tidak langsung penjimatan Minyak akan berlaku)
(gambar testimoni)
– Lampu Pada Kenderaan Anda Semakin Terang dan Radio Lebih Jelas, Tingkap Lebih Laju
(gambar testimoni)
– Menstabilkan Timing Kenderaan Anda Apabila Aircond Berfungsi (Aircond lebih Sejuk)
(gambar)
Kebaikan 400amp Lipan Bara by Mfa Bob
– Dapat Penjimatan
– Jangka Hayat Bateri Kenderaan Anda Tahan Lebih Lama
– Jangka Hayat Alternator Tahan Lebih Lama
– Starter Lebih Kuat
– Penambahan Pickup Pada Kenderaan Anda
Soalan: Senang ke pasang grounding lipan bara ni, kat mana perlu dipasang berapa point nak kena pasang?
Jawapan: Pasang 2 point sudah memadai dan pemasangan senang je, Cantumkan:
– Bateri Negatic (-ve) ke Body
– Head ke Body
– Intake ke Body
– Gearbox ke Body
– Starter ke Body
– Alternator ke Body

Grounding Cable Lipan Bara Mfa Bob

Anda bila lagi mau cuba barang baik dari kami untuk jentera kesayangan anda

Kalu Anda Tak Percaya, anda Boleh Cuba Sekarang

Soalan: Grounding Lipan Bara ni boleh pakai di motor atau kereta jenis lain?
Jawapan: Mestilah boleh grounding cable ni bukan setakat boleh pasang di kereta jer, boleh juga pasang di motor, bas, lori dan semua jenis kenderaan lah senang

Soalan: Berapa harga Grounding Lipan Bara ni
Jawapan: Harga Grounding Lipan Bara by mfa bob 1pcs RM35 free sticker supported, untuk postage add ke SM RM8 dan untuk ke SS RM15 by J&T jadi


Soalan: Kenapa mahal sangat harganya?
Jawapan: Harganya mahal kerana, anda perlu bayar untuk jaminan produk, rekacipta, kos pengeluaran, pembungkusan yang menarik, gaji kakitangan pengeluar, keuntungan syarikat, kos bahan-bahan mentah yang cantik dan berkualiti, sesetengah syarikat membuat perlindungan insuran serta lain-lain


Soalan: Berapa lama grounding ni boleh tahan?
Jawapan: Berapa lama saya tak pasti, yang saya pasti jangkaan masa yang lama kerana grounding lipan bara ni berkualiti dan perlu diingat, tiada benda yang kekal dan tidak rosak. Lambat laun komponen elektronik di dalam Grounding cable akan kehilangan fungsinya perlahan-demi perlahan. Anggaran usia komponen elektronik yang berkualiti mampu bertugas dengan baik antara 4 hingga 5 tahun sahaja. Sebab itu, Jepun sudah potong kenderaan sebaik sahaja mencapai 5 tahun lebih, mereka telah akui perkara ini

Grounding Cable Lipan Bara Mfa Bob

Testimony

Auto Shack - Apakah Fungsi Grounding Cable - Testimony 1
Auto Shack - Apakah Fungsi Grounding Cable - Testimony 2

by

Saifull Nizam

aka Satria Hitam

Follow